Melalui video ini, telah memberi satu pengenalan kepada kami tentang pemikiran kritis. Pemikiran telah lama wujud daan bertapak kukuh dalam peradaban manusia sejak zaman Greek Gang of Three iaitu, Socrates, Aristotle, dan Plato. Mereka telah memberikan suatu pandangan mengenai berfikir yang menekankan kepada analisis, perdebatan dan penghakiman. Beberapa pandangan Aristotle ada terdapat dalam video ini.
Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking mengkategorikan kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya sebagai "making a choice based on reasoned judgement". Mereka memberikan kata sinonim "decision making" dengan "judging, choosing, selecting".
Melalui video ini, kami boleh belajar bahawa Kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah (CTPS) melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, analitis serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan seperti berikut :
- Kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian berjustifikasi.
- Kebolehan mengembangkan dan memperbaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan.
- Kebolehan mencari idea dan menari penyelesaian alternatif .
- Kebolehan berfikir melangkaui batas.
- Kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh.
- Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan.
- Kebolehan memahami dan menyelesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baru.
Kemahiran-kemahiran teras bagi pemikiran kritis adalah seperti yang berikut:
(a) Penjelasan dan pentafsiran idea (Clarification and interpretation of ideas)
(b) Menganalisis dan menilai hujah (Analysing and evaluating arguments)
(c) Menimbangkan kebolehpercayaan sumber (Judging credibility of source)
(d) Mengenal pasti bahasa memujuk (Identifying persuasive language)
(e) Mengesan falasi (kedustaan atau salah anggapan) (Detecting fallacies)
(f) Mengesan alasan sebab akibat (Causal reasoning)
(g) Mengesan alasan kategorian (Categorical reasoning)
(b) Menganalisis dan menilai hujah (Analysing and evaluating arguments)
(c) Menimbangkan kebolehpercayaan sumber (Judging credibility of source)
(d) Mengenal pasti bahasa memujuk (Identifying persuasive language)
(e) Mengesan falasi (kedustaan atau salah anggapan) (Detecting fallacies)
(f) Mengesan alasan sebab akibat (Causal reasoning)
(g) Mengesan alasan kategorian (Categorical reasoning)
By Group 1 Teh Yi Teng A136257
Rujukan:
1. http://www.youtube.com/watch?v=oefmPtsV_w4
2.mahirkbkk.tripod.com/keputsan.htm
3.http://www.utm.my/kokurikulum/panduan-kemahiran-insaniah/pemikiran-kritis-dan-kemahiran- menyelesaikan-masalah.html
5.Model Pembangunan Diri
No comments:
Post a Comment