Monday, 12 December 2011

A136130 - Bab 2 : Pemikiran Kritis, Penyelesaian Masalah dan Pemikiran Saintifik





Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat,konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.
KONSEP BERFIKIR
Edward de Bono
( 1976 )- Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
Dewey
( 1910 ) menegaskan :- Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalahtertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialamiuntuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.
Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supayaotak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumussebagai :“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaianterhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitumembuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

· Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasiterbahagi kepada 2 jenis iaitu :
i.Operasi Kognitif - adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas,membanding, membuat urutan dan lain-lain.
ii.Operasi Meta kognitif - merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia di antara komponen-komponen berfikir.
PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR

Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.
Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiapkemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manafaatnya.
Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik,kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasilyang diharapkan.
Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.
Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik.Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencongdari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah di akhiri dengantindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR v Teori Kemahiran Berfikir : Robert Sperry.- Teori Robert Sperry menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak inimempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna,reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dankreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.v Teori Pelbagai Kecerdasan : Howard Gardner.- Howard berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya.Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu;

i.Kecerdasan linguistik
ii.Kecerdasan logical-matematik
iii.Kecerdasan visual-Spatial
iv.Kecerdasan muzik
v.Kecerdasan tubuh kinestetik
vi.Kecerdasan interpersonal
vii.Kecerdasan intrapersonalDengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di sekolah-sekolah.v Teori Epistemologi : Imam Al-Ghazali.- Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmukekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmuciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal).Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.Ilmu Aqli merupakan hasil pemikiran dan kajian yang sah. Beliau mendefinisikan penaakulansebagai kelayakan yang membolehkan seseorang individu menanggapi ilmu pengetahuan dan berfikir tentang sesuatu yang boleh difikirkan.v Teori Konstruktivisme- Teori ini menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibinadalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasilkajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaranindividu. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinyasecara aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalamansedia ada. Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif, di mana iamelibatkan operasi mengarah dan mengawal proses kognitif tersebut.ALAT BERFIKIR - Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.Contoh alat berfikir yang biasa digunakan ialah pengurusan grafik, peta minda dan alat CORT. Iadapat membantu murid bagi mengimbas kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakanuntuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru.
JENIS-JENIS PEMIKIRAN
Pemikiran Konvergen

- Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah salah satu jenis daya berfikir.Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorangmenggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demimenghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yangsedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu caratertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu. Ia juga disebut pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis. Proses pemikiran yang terlibat dalammenjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding danmembeza.Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada.Jawapan TunggalMasalah Tertutu
 

Pemikiran Divergen.- Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secarakreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatumasalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergenmemerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai.Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supayamasalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.
Pemikiran Reflektif - Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman- pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkankeputusan bagi tindakan seterusnya.Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapatdengan aspek-aspek pemikiran yang lain.
PemikiranKritis dan Kreatif Renungan kembali Refleksi Pemikiran Meta kognitif Perkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada







FROM GROUP 1- NG XIN WEN A136130

ARTIKEL INI SUMBER DARIPADA http://www.scribd.com/doc/18329718/Artikel-kemahiran-berfikir

1 comment:

Gemilang said...

Menurut Critical Thinking yang dikarang oleh Moore Dan Parker, berfikir kritis adalah "ketetapan yang hati-hati dan tidak tergesa-gesa untuk apakah kita sebaiknya menerima, menolak atau menangguhkan penilaian terhadap suatu pernyataan, dan tingkat kepercayaan dengan mana kita menerima atau menolaknya.

Terdapat strategi Untuk Membaca Secara Kritis iaitu:
1.tanyakan pertanyaan-pertanyaan berikut pada diri anda sendiri:
Apa topiknya?
Kesimpulan apa yang diambil oleh pengarang tentang topik tersebut?
Alasan-alasan apa yang diutarakan pengarang yang dapat dipercaya?
Hati-Hati dengan alasan yang tidak obyektif (misalnya kasihan, ketakutan, penyalahguaan statistik, dll) yang dapat menipu pembaca.
Apakah pengarang menggunakan fakta atau pendapat sendiri?
Apakah pengarang menggunakan kata-kata netral atau emosional?
Pembaca kritis melihat di balik kata-kata untuk mengetahui apakah alasan-alasan jelas.

Kriteria Pemikir Kritis adalah antara berikut:
Mereka jujur terhadap diri sendiri
Mereka melawan manipulasi
Mereka mengatasi confusion
Mereka bertanya
Mereka mendasarkan penilaiannya pada bukti
Mereka mencari hubungan antar topik
Mereka bebas secara intelektual.

A136563,Suhaini Mat Seman