Konsep Kerja Berpasukan
Menurut Ab Aziz (2003), kerja berpasukan adalah gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung sama ada dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan. Mereka masing-masing mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia
Menurut Ab Aziz (2003), kerja berpasukan adalah gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung sama ada dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan. Mereka masing-masing mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia
melaksanakan tugas yang mencabar. Merujuk Zainal Ariffin (1998), pasukan kadangkala dikenali sebagai kelompok atau kumpulan yang bekerjasama untuk mencapai matlamat spesifik jabatan atau organisasi. Merujuk Saari (1991), kerja berpasukan ialah sesuatu kumpulan yang melaksanakan tugas bersama-sama, ia berfungsi sebagai sebuah pasukan dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama.
Pasukan Kerja
Pasukan kerja dikatakan sebagai satu set struktur hubungan interpersonal dalam usaha mencapai matlamat yang sudah ditetapkan. Ia juga merujuk kepada sekumpulan individu yang kongsi matlamat dan kerja serta kemahiran setiap ahli sesuai dan perlu kepada ahli lain dalam pasukan. Lussier dan Achua (2001)
mendefinisikan pasukan kerja sebagai satu pemahaman dan komitmen antara semua ahli dalam pasukan ke arah pencapaian matlamat pasukan itu sendiri. Pasukan adalah sebuah kumpulan kualiti. Pasukan dibentuk berdasarkan pengetahuan, pengalaman serta status dan bukannya berdasarkan kebolehan individu
untuk bekerja bersama-sama (Tengku Abd. Aziz, 1999). Pasukan kerja di sesebuah organisasi dibentuk untuk melaksanakan sesuatu tugas atau program dalam jangka waktu pendek atau panjang berdasarkan kehendak program atau aktiviti. Pasukan kerja merupakan kumpulan individu yang bekerjasama untuk mencapai satu matlamat bersama. Maka, pasukan kerja bergabung untuk mecapai matlamat organisasi dan
kepentingan individu diketepikan (Lussier, NR., 1998). Kerja berpasukan juga boleh merujuk kepada satu set nilai yang menggalakkan tingkah laku seperti mendengar dan memberi respon yang membina
terhadap pendapat orang lain, menjelaskan keraguan, serta memberi sokongan penuh kepada ahli. Ini termasuklah menghargai minat serta mengiktiraf pencapaian ahli pasukan yang lain (Katzenbach & Doughlas, 1993). Ia merupakan gabungan usaha,pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dilakukan secara sinergi untuk menghasilkan prestasi kerja melebihi input yang dilakukan secara bersendirian.Melalui usaha ahli pasukan membolehkan organisasi meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber. Walaubagaimanapun, kerja berpasukan yang sedia stabil turut dirundung kebimbangan terhadap kesan negatif perubahan. Antaranya berpunca daripada norma pasukan, keakraban pasukan dan pemikiran pasukan.
a. Norma Pasukan
Norma didefinisikan sebagai peraturan informal yang telah dipersetujui secara kolektif bagi menyediakan garis panduan ahli-ahli pasukan untuk bergelagat.Oleh itu, norma berperanan untuk:
i. menyediakan panduan tingkah laku atau gelagat yang dipersetujui
bersama oleh ahli-ahli pasukan.
ii. memberitahu atau menyediakan garis panduan kepada ahli-ahli berkaitan
dengan perkara-perkara yang patut dan tidak patut dilakukan.
iii. norma juga akan menjelaskan apakah jangkaan ahli-ahli pasukan terhadap
ahli yang lain dalam organisasi yang dianggotai.
iv. membolehkan pengalaman terdahulu dijadikan garis panduan untuk
bertindak dalam situasi yang baru.
v. menyesuaikan tingkah laku atau gelagat seseorang dengan norma-norma
yang ada dalam pasukannya.
vi. dapat membangkitkan kejujuran, ketaatan dan peningkatan komitmen
terhadap organisasi.
Dalam sesebuah organisasi biasanya akan membentuk norma tidak formal bagi membendung perlakuan yang diizinkan atau pengelak daripada berlakunya pelencongan di kalangan ahli. Oleh kerana perubahan akan mengubah struktur tanggungjawab dan perhubungan maka secara tidak langsung di antara pasukan,
norma dan tanggapan ahli-ahli yang memerlukan penerimaan norma baru untuk situasi yang baru.
Keakraban Pasukan
Keakraban Pasukan
Keakraban pasukan bermaksud tahap di mana ahli-ahli pasukan tertarik terhadap satu dengan yang lain sehingga terdorong untuk terus tinggal dalam pasukan. Keakraban yang ditunjukkan menyebabkan mereka lebih bersedia untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran. Disamping itu, pereratan yang
tinggi akan menarik ahli untuk lebih bertolak ansur untuk saling membantah ke atas sesuatu isu, mewujudkan perasaan kekitaan (esprit de corps) dan rasa pemikiran yang tinggi. Adalah didapati pereratan pasukan akan mempengaruhi produktiviti sesuatu pasukan. Hubungan antara pereratan dengan pasukan adalah seperti berikut:
i. pereratan pasukan akan mempengaruhi produktiviti hasil daripada
komitmen dan keyakinan yang dimiliki antara satu dengan yang lain.
ii. pereratan dan produktiviti saling mempengaruhi terhadap prestasi
yang ditunjukkan oleh pasukan kesan daripada sinergistik yang
ditunjukkan.
iii. gabungan antara norma prestasi kerja yang tinggi dan pereratan tinggi
akan menjurus kepada peningkatan produktiviti kesan daripada
sepenuh penumpuan yang diberikan terhadap tugas yang telah
dipertanggungjawabkan.
iv. jika pereratan dalam organisasi tinggi tetapi norma prestasi yang
rendah akan mengakibatkan produktiviti yang sederhana kesan
daripada tumpuan terhadap tugas yang rendah.
v. jika pereratan rendah dan norma prestasi rendah, produktiviti juga
akan rendah kerana berlakunya banyak pembaziran terhadap sumber
organisasi kesan daripada konflik, kekecewaan dan ketidakpuasan.
Hubungan rapat ahli-ahli dalam pasukan membabitkan prestasi sesuatu pasukan. Pasukan yang tinggi keakrabannya akan menghalang usaha untuk memecah dan mengubah matlamat pasukan tersebut. Ahli-ahli pasukan lebih gemar mengekalkan status quo dan mempertahankan kepentingan pasukan daripada ancaman perubahan yang dapat menggugat kedudukan mereka.
Lepak Sosial Pasukan
Lepak sosial pasukan merupakan keadaan subordinat yang tidak bersedia melakukan perubahan apabila berada dalam organisasi di mana prestasi kerja keseluruhan adalah rendah. Bagi mereka mengapa perlu berubah sedangkan ahli pasukan yang lain tidak bersedia untuk berubah. Oleh itu, tiada sebab bagi
sesetengah ahli pasukan bersusah payah berhadapan dengan ketidakpastian melakukan perubahan walhal ahli-ahli yang lain bersikap tunggu dan lihat. Lepak sosial pasukan berlaku adalah mungkin disebabkan oleh ramai ahli dalam pasukan tidak memberikan tahap usaha yang sama untuk melakukan perubahan berbanding
dengan segelintir yang lain. Sekiranya terdapat di kalangan ahli dalam pasukan yang menolak perubahan maka kebiasaannya akan mempengaruhi ahli-ahli yang lain.Lepak sosial pasukan berlaku apabila wujudnya senario tunggu dan lihat di kalangan ahli sebelum menerima atau menolak senario perubahan. Akibat daripada
keadaan ini berlaku, ahli-ahli tertentu mengharapkan ahli lain supaya melakukan perubahan terlebih dahalu. Lepak sosial pasukan mungkin juga disebabkan terdapat di kalangan ahli pasukan yang bergantung kepada kesediaan dan keupayaan individu tertentu untuk mengambil initiatif bagi memulakan perubahan. Akibat daripada keadaan ini banyak di kalangan ahli pasukan yang lain menunggu untuk mengambil
kesempatan dan menumpang di atas kejayaan orang lain.
Pasukan Kerja
Apabila sesuatu kumpulan melaksanakan tugas bersama-sama, ia berfungsi sebagai sebuah pasukan dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama yang dinamakan pasukan kerja (Saari, 1991). Menurut Ron Archer (1996), beliau menyatakan bahawa pasukan kerja sebagai sebarang kumpulan manusia yang
mempunyai tujuan umum yang sama dan masing-masing mengiktiraf ahli lain sebagai rakan sepasukan yang sama taraf. Menurut Hilarie Owen (1996), pasukan kerja adalah sekumpulan individu yang kerja bersama secara berterusan dan kongsi matlamat antara ahli dalam pasukan. Pendapat beliau sama dengan Richard et.al (1995) yang mengatakan bahawa pasukan kerja sebagai ‘a group’s members mustinteract; must work toward valued, common, specified goals and objectives; andmust adapt to circumstances in order to meet these goals and objectives.’ Beliau menyatakan kerja berpasukan merupakan penyempurnaan kerja secara teknikal yang dilaksanakan oleh individu yang terdiri daripada sepasukan atau sekumpulan ahli.Secara amnya, istilah ‘pasukan’ terdiri daripada kelompok individu yang mempunyai kepentingan dan peluang yang signifikan. Di dalam pasukan, setiap ahli memiliki kemahiran dan kebolehan yang saling melengkapi. Mereka bersama-sama memainkan peranan mereka untuk kemajuan organisasi. Mereka bekerja dalam persekitaran yang saling mempercayai, mereka menyuarakan pendapat dan idea melalui perbincangan dan setiap masalah diselesai secara bersama. Kepentingan adalah untuk pasukan dan bukan individu. Begitu juga, setiap ahli dalam kerja
berpasukan adalah bermatlamat membangunkan organisasi. Bergerak secara berpasukan akan menggambarkan keupayaan semua ahli organisasi itu berkhidmat untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama.Begitu juga, Johnson & Johnson’s (1991) dalam kenneth & Allan (1995) mendefinisikan pasukan sebagai satu set struktur hubungan interpersonal dalam usaha mencapai matlamat yang ditetapkan. Malik (1997) menyatakan kerja berpasukan merupakan prasyarat yang amat penting bagi kejayaan sesebuah
organisasi. Melalui kerja secara berpasukan, matlamat dan misi sesuatu organisasi akan dapat dicapai dengan menyeluruh dan berkesan. Manakala Katzenbanch & Doughlas dalam Tee (2003), menyatakan bahawa pasukan kerja sebagai sebilangan kecil individu yang mempunyai kemahiran ‘complementary’, di mana merek
mempunyai komitmen tinggi terhadap tujuan umum, matlamat prestasi dan pendekatan yang membolehkan mereka saling memikul tanggungjawab bersama.Keberkesanan Kerja Berpasukan Francis dan Young (1992) menyatakan bahawa, keberkesanan kerjaberpasuka mempunyai enam kekuatan iaitu:
i. kelemahan seseorang individu dalam pasukan akan dineutralkan oleh
kekuatan anggota pasukan yang lain.
ii. kerja pasukan membina persetujuan dan komitmen kepada matlamat
organisasi. iii. perhubungan pasukan merupakan motivasi yang paling kuat.
iv. ahli pasukan dapat bekerja bersama dengan berkesan, berjaya dan
gembira.
v. pasukan dapat mendisiplinkan ahli-ahlinya iaitu pemikiran negatif
seolah-olah tidak wujud di kalangan ahli.
vi. kemahiran pasukan membolehkan ahlinya menyertai pasukan baru dan
mencapai keberkesanan berpasukan dengan cepat.
Sehubungan dengan itu, Kazemark (1991) telah membangunkan Model
Komprehensif dengan menyenaraikan 10 kriteria kerja pasukan yang berkesan iaitu:
i. matlamat yang difahami dan dipersetujui
ii. konflik yang berlaku dapat ditangani dengan baik
iii. ahli berkongsi peranan kepimpinan
iv. keupayaan ahli digunakan sepenuhnya
v. komunikasi terbuka dan penglibatan di mana ahli tahu apa yang berlaku
dalam pasukan
vi. ahli menyokong kawalan dan prosedur pasukan
vii. penglibatan dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan
viii. pengujian dan kreativiti digalakkan
ix. menilai fungsi dan proses dengan kerap
x. setiap ahli memahami peranan dan tanggungjawab dan had kuasa masingmasing.
Manakala, Archer (1996) juga telah menyenaraikan ciri-ciri kerja berpasukan
yang berkesan iaitu:
i. kepimpinan yang dinamik serta mendapat sokongan daripada organisasi
ii. ahli pasukan yang mempunyai wawasan bersama
iii. matlamat kerja berpasukan adalah jelas
iv. latihan yang mencukupi dan bersesuaian
v. autoriti dan peluang membuat keputusan
vi. menghargai nilai konflik yang wujud. vii. menghormati perbezaan individu dan menggunakannya sebagai refleksi
diri.
viii. berkomunikasi secara terbuka dan berkongsi sumber yang sedia ada
ix. kesanggupan menikmati kejayaan dan memikul beban bersama.
Keberkesanan kerja berpasukan akan memperlihatkan sembilan komponen yang disebut sebagai ‘peta’ oleh McGregor, Likert dan Blake & Mouton (1964) dalam Tengku Abd. Aziz (1999) iaitu nilai yang jelas dan dikongsikan, tugas yang jelas, kepimpinan mengikut keadaan, bangga dengan pasukan, tugas yang jelas,
maklum balas dan kaji semula, sikap terus terang dan ikhlas, membuat keputusan bersama dan penekanan pada tindakan. Kajian Weller (1998) telah membuktikan peranan TQM dan kerja berpasukan membawa kejayaan di peringkat sekolah dan organisasi sekolah. Menurut beliau lagi, perkongsian maklumat, idea, inovasi dan bekerja secara komited memberi tranformasi kepada sekolah ke arah sekolah berkualiti. Peningkatan kualiti bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada seseorang secara individu. Ini kerana masalahmasalah dalam proses kerja adalah bersifat komplek, melibatkan berbagai bahagian dan sistem. Oleh itu lazimnya penyelesaian masalah tersebut adalah di luar kemampuan individu. Dalam keadaan yang demikian setiap pihak dalam jabatan perlu bertindak secara berpasukan supaya segala kekuatan dan sumber yang ada dalam jabatan dapat digemblengkan sepenuhnya.
Daripada Suhaini Mat Seman A136563
Rujukan: Ab. Aziz Yusof (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Petaling Jaya:
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Ab. Aziz Yusof (2004). Kepemimpinan Dalam Mengurus Perubahan. Dari Dimensi
Kemanusiaan. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
2 comments:
Kerjasama antara ahli dalam melaksanakan sesuatu kerja adalah sangat penting. Seperti yang mana semua mengetahui bahawa keupayaan manusia adalah sangat terhad dan ini memerlukan kemahiran dan kepakaran daripada semua untuk menjayakan sesuatu perkara. Selain itu, ahli perlu ada senagta untuk menyumbang, ini munkin dari segi masa , intelek dan tenaga. Satu contoh yang dapat menggambarkan perpaduan adalah sangat penting untuk mengukuhkan pasukan sendiri ialah satu batang senag dipatahkan tapi sekelompok batang tidak akan dipatahkan dengan mudah walaupun telah menggunakan tenaga yang kuat. Seorang pemimpin yang bertanggungjawab sangat diperlukan untuk memimpin satu kumpulan untuk mejalankan aktiviti.
A136130 NG XIN WEN
Let me tell you something...
This might sound kind of weird, maybe even a little "strange"
WHAT if you could just push "Play" and LISTEN to a short, "miracle tone"...
And suddenly attract MORE MONEY to your LIFE???
And I'm really talking about hundreds... even thousands of dollars!
Do you think it's too EASY??? Think it couldn't possibly be REAL?!?
Well, I've got news for you...
Sometimes the most magical miracles in life are the easiest to RECEIVE!
Honestly, I'm going to PROVE it to you by allowing you to listen to a REAL "miracle wealth building tone" I've synthesized...
YOU just hit "Play" and you will start having more money come into your life... starting pretty much right away...
TAP here NOW to play this wonderful "Miracle Abundance Tone" - as my gift to you!
Post a Comment