Sunday, 11 December 2011

A136309 - Bab 1 : Kemahiran Komunikasi (Jenis-jenis Komunikasi)

Artikel ini membincangkan jenis-jenis komunikasi yang wujud, iaitu komunikasi verbal dan komunikasi non-verbal. Komunikasi verbal dapat didefinisikan sebagai komunikasi yang melibatkan pertuturan sebagai medium untuk menyampaikan maklumat. Dalam komunikasi verbal, sesetengah aspek amat dititikberatkan, seperti perbendaharaan kata, kecepatan, intonasi suara, humor, singkat dan jelas, dan timing. Aspek-aspek tersebut memastikan kelancaran dan ekektifnya sesuatu perbualan itu. Komunikasi verbal dapat dibahagikan lagi kepada perbincangan, ucapan, dan pembentangan. Komunikasi non-verbal bermaksud komunikasi yang di mana maklumat disampaikan tanpa menggunakan kata-kata. Komunikasi non-verbal menggunakan ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, kedudukan tubuh dan gaya berjalan, suara, dan gerak isyarat. Informasi dapat diperoleh dengan memerhatikan ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, dan lain-lain lagi. Kami dapat mengetahui emosi seseorang melalui riak wajahnya. Keduduhkan tubuh dan gaya berjalan dapat mencerminkan konsep diri seseorang. Penggunaan gerak isyarat yang tertentu, seperti menghentak kaki semasa berbual dapat menunjukkan bahawa seseorang itu gemuruh. 12 prinsip komunikasi turut dijelaskan dalam artikel ini.






3.0      JENIS-JENIS KOMUNIKASI
           
            Pada dasarnya komunikasi digunakan untuk mencipta atau meningkatkan keaktifan hubungan antara manusia atau kelompok. Komunikasi boleh dibahagikan kepada dua (2) kelompok iaitu komunikasi verbal iaitu komunikasi lisan melalui pertuturan dan percakapan dan juga komunikasi non-verbal iaitu komunikasi bukan lisan seperti gerak badan dan reaksi wajah.

3.1      KOMUNIKASI VERBAL (LISAN)
3.1.1   DEFINISI

            Komunikasi verbal (lisan) boleh didefinisikan sebagai proses komunikasi yang melibatkan maklumbalas menggunakan percakapan untuk menyampaikan maklumat lengkap kepada penerima.

3.1.2   ASPEK KOMUNIKASI VERBAL

Komunikasi verbal ataupun lisan mencakupi beberapa aspek dan disiplin ilmu yang penting iaitu ;

1.  Vocabulary (perbendaharaan kata)
Komunikasi tidak akan efektif (berkesan) sekiranya disampaikan dengan kata-kata yang tidak dapat difahami kerana kekurangan kosa kata. Kerana itu kosa kata menjadi sesuatu yang penting dalam berkomunikasi dengan individu lain.
2.  Racing (kecepatan)
Komunikasi akan lebih efektif dan berjaya apabila kelajuan berbicara dapat diaturkan dengan baik, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat.
3.  Intonasi suara
Akan mempengaruhi erti pesanan secara dramatik sehingga pesanan akan menjadi lain ertinya apabila diucapkan dengan intonasi suara yang berbeza. Intonasi suara yang tidak konstekstual merupakan masalah dalam komunikasi.
4.  Humor (lawak)
Dapat meningkatkan kehidupan yang bahagia. Dungan (1989), telah menulis dalam tulisannya bahawa ketawa dapat membantu menghilangkan stress. Ketawa mempunyai hubungan fizik dan psikologi dan haruslah diingat bahawa lawak jenaka adalah merupakan satu-satunya selingan dalam komunikasi.
5.  Singkat dan jelas
Komunikasi berkesan disampaikan secara singkat dan jelas, terus kepada pokok permasalahan sehinggakan mudah untuk difahami.
6.  Timing (masa)
Masa merupakan sesuatu yang harus dijaga sewaktu berkomunikasi. Ini kerana ianya dapat menyediakan ruangan yang cukup untuk berucap dengan padat, ringkas dan jelas.

3.1.3   JENIS KOMUNIKASI VERBAL

Terdapat beberapa jenis komunikasi lisan yang dapat diamalkan iaitu :

1.  Perbincangan
Iaitu proses perbincangan yang bertujuan untuk penyelesaian masalah dan mengenalpasti kelemahan yang ada dalam diri.
2.  Ucapan
Proses penyampaian melalui lisan seperti ceramah, pidato, pembacaan laporan bertulis di hadapan sekumpulan pendengar dan sebagainya.
3.  Pembentangan
Terdapat lima (5) jenis pembentangan iaitu pembentangan slaid, LCD, pita rakaman telekonferens dan juga grafik. Melalui slaid adalah melalui negatif filem yang diambil dengan kamera 35 mm. manakala paparan LCD pula ialah paparan pada skrin sama ada warna hitam ataupun putih yang dicetak di atas kertas telus. Pita rakaman pula merakam suara tanpa sebarang soal jawab. Grafik iaitu penggunaan bentuk termudah seperti carta dalam pembentangan dan juga telekonferens iaitu siaran langsung.

3.2      KOMUNIKASI NON-VERBAL
3.2.1   DEFINISI

Komunikasi non-verbal adalah proses komunikasi dimana pesanan disampaikan tanpa menggunakan kata-kata. Contoh komunikasi non-verbal ialah menggunakan gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah dan pandangan mata, penggunaan objek seperti pakaian, potongan rambut, dan sebagainya, simbol-simbol, serta cara berbicara seperti intonasi, penekanan, kualiti suara, gaya emosi, dan gaya berbicara.

Ahli dalam bidang komunikasi non-verbal biasanya menggunakan definisi "tidak menggunakan kata" dengan ketat, dan tidak menyamakan komunikasi non-verbal dengan komunikasi non-lisan. Contohnya, bahasa isyarat dan tulisan tidak dianggap sebagai komunikasi non-verbal kerana menggunakan kata, sedangkan intonasi dan gaya berbicara tergolong sebagai komunikasi non-verbal. Komunikasi non-verbal juga berbeza dengan komunikasi bawah sedar, yang dapat wujud dalam bentuk komunikasi verbal ataupun nonverbal

3.2.2   PRINSIP

Prinsip-prinsip komunikasi seperti fungsi dan definisi komunikasi mempunyai huraian yang berbagai sesuai dengan konsep yang dikembangkan oleh setiap pakar. Istilah prinsip oleh William B. Gudykunst disebut sebagai jumlah komunikasi. Larry A.Samovar dan Richard E.Porter menyebutnya sifat komunikasi. Deddy Mulyana, Ph.D membuat istilah baru iaitu prinsip-prinsip komunikasi. Terdapat 12 prinsip komunikasi yang dikatakan sebagai penyebaran lebih jauh dari definisi dan hakikat komunikasi iaitu:

Prinsip 1 : Komunikasi adalah suatu proses simbolik
Komunikasi adalah sesuatu yang bersifat dinamis dan tidak berakhir pada suatu titik, tetapi terus berlanjutan.

Prinsip 2 : Setiap perilaku mempunyai potensi komunikasi
Setiap orang tidak bebas dari berkomunikasi, ketika orang tersebut tidak bermaksud berbicara sesuatu, tetapi difahami oleh orang lain maka orang tersebut sudah terlibat dalam proses berkomunikasi. Gerak tubuh, ekspresi wajah (komunikasi non verbal) seseorang dapat difahami oleh orang lain.

Prinsip 3 : Komunikasi mempunyai dimensi isi dan hubungan
Setiap pesanan komunikasi mempunyai dimensi isi dimana dari dimensi isi tersebut kita dapat menjangkakan dimensi hubungan yang ada diantara pihak-pihak yang melakukan proses komunikasi. Percakapan diantara dua orang sahabat dan mahasiswa di kelas berbeza memiliki dimensi isi percakapan yang berbeza.

Prinsip 4 : Komunikasi itu berlangsung dalam keadaan tidka sengaja
Setiap tindakan komunikasi yang dilakukan oleh seseorang boleh terjadi bermula dari kesengajaan yang tidak dirancangkan (apa saja yang akan dikatakan atau apa saja yang akan dilakukan secara terperinci), sampai pada tindakan komunikasi yang betul-betul disengajakan.

Prinsip 5 : Komunikasi terjadi dalam konteks ruang dan waktu
Pesanan komunikasi yang dikirimkan oleh pihak penutur yang baik secara verbal mahupun non-verbal disesuaikan dengan tempat, dimana proses komunikasi itu berlangsung, kepada siapa pesanan itu dikirimkan dan bila komunikasi itu berlangsung.

Prinsip 6 : Komunikasi melibatkan jangkaan pihak terlibat
Tidak dapat dibayangkan jika orang melakukan tindakan komunikasi di luar norma yang berlaku di masyarakat. Jika kita tersenyum maka kita dapat menjangkakan bahawa pihak penerima akan membalas dengan senyuman, jika kita menyapa seseorang maka orang tersebut akan membalas sapaan kita. Jangkaan seperti itu akan membuat seseorang menjadi tenang dalam melakukan proses komunikasi.

Prinsip 7 : Komunikasi itu bersifat sistemik
Dalam diri setiap orang, terdapat sifat dalaman yang dipengaruhi oleh latar belakang budaya, nilai, adat, pengalaman dan pendidikan. Bagaimana seseorang berkomunikasi dipengaruhi oleh hal dalaman tersebut. Hal dalaman seperti lingkungan keluarga dan lingkungan dimana dia bersosial mempengaruhi bagaimana dia melakukan tindakan komunikasi.

Prinsip 8 : Semakin sama latar belakang sosial semakin efektiflah komunikasi
Jika dua orang melakukan komunikasi berasal dari kaum yang sama, pendidikan yang sama, maka ada kecenderungan dua pihak tersebut mempunyai bahan yang sama untuk saling diperkatakan Kedua pihak mempunyai makna yang sama terhadap simbol-simbol yang saling dipertukarkan.

Prinsip 9 : Komunikasi bersifat nonsekuensial
Proses komunikasi bersifat di dalam suatu ruang lingkup iaitu tidak berlangsung satu arah. Melibatkan respon atau tanggapan sebagai bukti bahawa pesanan yang dikirimkan itu diterima dan difahami.

Prinsip 10 : Komunikasi bersifat dinamis
Proses komunikasi ialah suatu proses yang dinamis dan luwes. Terdapat proses saling memberi dan menerima informasi diantara pihak-pihak yang melakukan komunikasi.

Prinsip 11 : Komunikasi tidak boleh ditarik balik
Setiap orang yang melakukan proses komunikasi tidak dapat mengawal kesan yang bakal timbulkan oleh perkataan yang dikeluarkan. Kata-kata tidak dapat ditarik kembali, jika seseorang sudah berkata menyakiti orang lain, maka kesan sakit hati tidak akan hilang begitu saja pada diri orang itu.

Prinsip 12 : Komunikasi alat menyelesaikan masalah secara menyeluruh
Komunikasi bukan satu-satunya penawar mujarab yang dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah.

3.2.3   JENIS KOMUNIKASI NON-VERBAL

1.  Ekspresi wajah  
Wajah merupakan sumber yang kaya dengan komunikasi, kerana ekspresi wajah merupakan cerminan keadaan emosi seseorang.
2.  Pandangan mata
Merupakan isyarat ilmiah untuk berkomunikasi. Dengan mengadakan pandangan mata sewaktu berinterakasi  atau soal jawab bererti orang tersebut terlibat dan menghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk memperhatikan  bukan sekadar mendengar sahaja.
3.  Sentuhan 
Adalah bentuk komunikasi personal  iaitu sentuhan lebih bersifat spontan daripada komunikasi verbal. Beberapa informasi seperti perhatian yang sungguh-sungguh, emosional, kasih sayang  atau simpati dapat dilakukan melalui sentuhan.
4.  Kedudukan tubuh dan gaya berjalan
Cara seseorang berjalan, duduk, berdiri dan bergerak memperlihatkan ekspresi dirinya. Kedudukan tubuh dan gaya berjalan merefleksikan emosi, konsep diri, dan tingkat kesihatannya.
5.  Suara
Rintihan, menarik nafas panjang, tangisan  juga salah satu ungkapan  perasaan  dan pimikiran  seseorang yang dapat dijadikan komunikasi. Apabila digabungkan dengan semua bentuk komunikasi  non-verbal yang lain sampai desis atau suara  dapat menjadi pesan yang sangat  jelas.
6.  Gerak isyarat
Untuk mempertegaskan pembicaraan. Menggunakan isyarat sebagai bahagian dari komunikasi  seperti menghentak kaki atau mengerakkan tangan  selama berbicara menunjukkan seseorang dalam keadaan  gemuruh dan  bingung atau sebagai usaha untuk menghilangkan gemuruh.

Sumber: http://www.scribd.com/doc/34821409/Jenis-Komunikasi
Oleh: A136309 Low Hui Wern

2 comments:

Gemilang said...

Sesungguhnya, penggunaan jenis-jenis komunikasi sama ada verbal mahupun non-verbal hendaklah dilakukan dengan berkesan. Aspek-aspek komunikasi yang penting juga hendaklah dititikberatkan. Dengan menguasai penggunaan cara komunikasi yang betul, penyampaian mesej akan menjadi lebih jelas dan efisien. Apabila ini dapat dicapai, hubungan serta komunikasi antara diri dengan orang lain secara tidak langsung dapat dipertingkatkan.

A136086

Gemilang said...

Selain komunikasi verbal dan non verbal,komunikasi bertulis juga amat penting. penulisan merupakan aktiviti merakamkan idea,pandangan atau pendapat dalam bentuk lambang-lambang bertulis atau grafik.tujuannya adalah untuk menyalurkan mesej,berhubung atau berkongsi maklumat. kelebihannya adalah ia kekal dan boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan.

A136257 TEH YI TENG