Thursday, 15 December 2011

A136312 : Bab 4 - Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

GARIS PANDUAN MENGENAI LITERASI MAKLUMAT UNTUK PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT   

Kecekapan maklumat merupakan faktor utama dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ianya merupakan langkah pertama dalam pencapaian matlamat pendidikan. Perkembangan kecekapan seperti ini harus berlaku sepanjang kehidupan seorang warganegara itu, terutama semasa tempoh pendidikan mereka, yang mana para pustakawan, sebagai satu bahagian komuniti pembelajaran dan, sebagai pakar dalam pengurusan maklumat, telah atau harus memainkan peranan utama untuk memudahkan literasi maklumat. Bersama-sama dengan para ahli fakulti, melalui penciptaan programprogram kurikulum bersepadu, para pustakawan harus aktif menyumbang kepada prosesproses pembelajaran para pelajar dalam pencarian mereka untuk mempertingkatkan atau mengembangkan kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang diperlukan untuk menjadi para pelajar sepanjang hayat. Garispanduan ini adalah templet konseptual untuk membantu penciptaan programprogram literasi maklumat (LM) di perpustakaan-perpustakaan akademik dan sekolah, walaupun kebanyakan prinsip ini boleh juga  diterapkan di perpustakaan-perpustakaan awam.  Dokumen ini menyediakan maklumat untuk merangkakan usaha-usaha LM oleh para pendidik, pustakawan dan pemudahcara  maklumat di peringkat antarabangsa, terutamanya di negara-negara di mana LM  masih di tahap kemajuan awal. Ia juga berguna kepada sesiapa yang perlu memulakan satu program LM dan mahukan suatu rangka kerja konseptual am, tanpa mengambil kira lokasi geografi mereka.

Konsep-konsep Literasi Maklumat
Adalah penting untuk mengetahui konsep-konsep lain yang berkaitan dengan literasi maklumat untuk mengenalpasti satu arah yang jelas bagi sesebuah program literasi maklulmat.  Bahagian ini mengandungi definisi ringkas istilah-istilah berkaitan diikuti dengan konsep-konsep utama literasi maklumat.
  
Apakah maklumat?  Maklumat adalah satu sumber yang mempunyai berbagai-bagai definisimenurut format, dan media  yang digunakan untuk mempakej atau memindahkannya, serta disiplin yang mendefinisikannya.  Case (2002) menyediakan satu definisi yang lebih luas.  Di sini istilah ini sinonim dengan:
Ilmu yang terkandung
Pengalaman manusia yang dipakej
Satu sumber yang boleh menyediakan sejumlah data yang tidak terkira banyaknya
Satu sumber yang mengambil format, pempakejan, media pemindahan yang berbezabeza, dan berbagai kaedah penghantaran
Manusia: keluarga, para sahabat, tutor, rakan pelajar
Institusi, iaitu para profesional perkhidmatan kesihatan kebangsaan atau kemudahankemudahan bantuan

Keperluan untuk penggunaan berkesan maklumat.  Maklumat telah menjadi satu sumber terpenting bagi eknonmi-ekonomi dunia dan tentu sekali satu komponen asas dalam pendidikan. Maklumat hádala eleven terpenting untuk perubahan teknologi dan saintifik. Ia mengemukakan beberapa cabaran kepada individu dari semua lapisan kehidupan: para pelajar, pekerja, dan semua  jenis warganegara. Bebanan maklumat kini memerlukan manusia menyemak dan menaksir maklumat untuk mengesahkan kebolehpercayaannya. 
                                               
1. Satu pencarian menggunakan enjin pencarian “Scirus” meminta “LM” dan “konsep” di antara 1994-2005 telah menghasilkan 1,765 jurnal
2.  Untuk maklumat lanjut, baca: Bawden (2001 , dan Owusu-Ansah (2003) 8Maklumat dengan sendirinya tidak boleh membuatkan manusia celik maklumat. 
Maklumat tentunya adalah:
Satu elemen terpenting untuk kreativiti dan innovasi
Satu sumber asas untuk pembelajaran dan pemikiran manusia
Satu sumber utama untuk mewujudkan lebih ramai warganegara berilmu
Satu faktor yang membolehkan warganegara mencapai keputusan-keputusan yang lebih baik di   dalam kehidupan akademik mereka, yang berkaitan dengan kesihatan, dan di tempat kerja
Suatu sumber penting untuk kemajuan sosio-ekonomi kebangsaan

Apakah literasi?  Definisi asas literasi adalah “dalam keadaan yang literasi (celik huruf)” menurut Chambers English Dictionary  (2003). Karya rujukan ini, sebaliknya, mendefinisikan literasi sebagai “…berpelajaran; berupaya menulis dan membaca; mempunyai kemahiran di dalam atau dengan” (m.s. 1856). Dalam bahasa pendidikan, Literasi Asas” bermakna literasi klasik atau tradisional tentang pembelajaran mengenai bagaimana untuk membaca, untuk menulis, dan untuk melakukanperkiraan dan operasi angka; literasi-literasi asas di dalam kesemua masyarakat dipelajari secara formal dalam suasana pendidikan asas dan menengah, terutamanya sekolah-sekolah awam atau persendirian, tetapi kadangkala literasi-literasi asas ini dipelajari di rumah atau di dalam
pusat-pusat komuniti.   Konsep “Literasi” lain yang berkaitan dengan  literasi maklumat.  Literasi maklumat dikaitkan dengan jenis-jenis literasi lain yang berkaitan, tetapi ia harus dibezakan dari yang lain-lain itu, terutamanya dari teknologi maklumat, literasi media, literasi rangkaian, literasi digital, literasi Internet atau rangkaian, “Literasi Komputer” dan “Literasi Media” (Bawden, 2001).  Dua jenis literasi yang akhir ini didefinisikan dengan jelas oleh Horton (F. Horton, Jr., komunikasi peribadi, Disember, 2004) dari segi berikut:

Literasi Komputer.  Pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk memahami teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),  termasuk perkakasan, perisian, sistem, 9rangkaian (kedua-dua rangkaian kawasan setempat dan Internet), dan kesemua komponen lain sistem komputer dan telekomunikasi.

Literasi Media.  Pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk memahami kesemua medium dan format untuk mencipta, menyimpan, menghubungkan, dan mempersembahkan data, maklumat dan pengetahuan, iaitu, akhbar dan jurnal bercetak, majalah, siaran radio, television, kabel, CD-ROM, DVD, telefon bimbit, teks PDF, dan format JPEG untuk foto dan grafik.

Konsep literasi maklumat.  Terdapat beberapa definisi yang diguna oleh persatuanpersatuan dan para pengarang.  American Association of School Librarians (AASL) (Persatuan Pustakawan Sekolah Amerika), pelopor dalam bidang LM, dan Association for Educational Communications and Technologies (Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan) menyatakan bahawa “literasi  maklumat adalah – keupayaan mencari dan mengguna maklumat – adalah  kunci pembelajaran sepanjang hayat” (Byerly/Brodie, 1999).  Terkandung dalam komponen literasi maklumat, AASL menyatakan bahwa: “pelajar yang celik maklumat mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan, menilai maklumat secara kritis dan cekap, dan menggunakan maklumat dengan tepat dan kreatif” (Byerly/Brodie, 1999).  Para pengguna “seharusnya mempunyai kedua-dua strategi pengumpulan maklumat  dan kemahiran berfikiran kritikal untuk memilih, mengenepi, mensintesis, dan mempersembah maklumat dalam cara-cara baru bagi menyelesaikan masalah kehidupan sebenar” (Byerly/Brodie, 1999).  Definisi literasi maklumat ini mejangkaui kemahiran perpustakaan dan menjangkaui penggunaan kemahiran-kemahiran dan strategi-strategi yang berhati-hati kepada keupayaan menggunakan maklumat kompleks dari pelbagai sumber untuk memberi makna atau menyelesaikan masalah (Kulthau, seperti yang dipetik dalam Stripling, 1999).

Definisi yang diguna seecara umum.  Usaha-usaha untuk mendefinisi “Literasi Maklumat” telahdilakukan untuk beberapa tahun, kebanyakannya oleh para pustakawan atau professional yang berkaitan dengan sains perpustakaan, dan terdapat lebih banyak persamaan dari perbezaan dalam definisi-definisi ini. (Owusu-Ansah, 2003).  Definisi 10LM yang paling lazim dipetik dan digunakan adalah satu yang telah diterima pakai oleh American Library Association (ALA) (Persatuan Perpustakaan Amerika), 1998: “Untuk menjadi celik maklumat, seseorang itu mesti berupaya mengenalpasti bila maklumat diperlukan dan berkeupayaan mengesan, menilai, dan menggunakan dengan berkesan maklumat yang diperlukan itu. Individu-individu yang celik maklumat adalah mereka yang telah mempelajari bagaimana untuk belajar (m.s. 55-56).  Mereka tahu bagaimana untuk belajar kerana mereka tahu bagaimana pengetahuan disusun, tahu bagaimana mencari maklumat, dan tahu bagaimana menggunakan maklumat itu agar orang lain dapat mempelajari daripada mereka (Byerly/Brodie, 1999).  “Apa sahaja semantik yang kita gunakan untuk istilah LM ini, definisi ALA dengan sendirinya, adalah cukup luas untuk memuatkan seluruh spectrum kemahiran  maklumat; dari pengetahuan tradisional kaum Inuit hingga ke enjin pencarian berteknologi tinggi, dan kemungkinan boleh diaplikasi untuk banyak dekad lagi” (Campbell, 2004).

Kecekapan maklumat.  Seorang warganegara yang cekap, sama ada ianya seorang pelajar, seorang profesional, atau seorang pekerja berupaya mengenalpasti keperluankeperluan maklumatnya, tahu bagaimana untuk mengesan, mengenalpasti akses, mendapat semula, menilai, menyusun dan menggunakan maklumat itu.  Untuk menjadi seorang celik maklumat, seseorang itu harus tahu bagaimana mendapat manfaat dari dunia pengetahuan, dan memasukkan pengalaman-pengalaman orang lain ke dalam latar belakangnya. Orang yang celik maklumat berkebolehan, seperti kata-kata Mackenzie, dalam:
“Menggali:
Keupayaan mengesan maklumat berkaitan, untuk menyaringnya, untuk
menyisihnya, dan untuk memilihnya
  Mentafsir:
Keupayaan menterjemahkan data dan maklumat menjadi pengetahuan, wawasan,
dan kefahaman
  Mencipta idea-idea baru:
Memajukan wawasan-wawasan baru” 

        Berdasarkan artikel ini, kita boleh lebih memahami konsep literasi maklumat daripada pelbagai definisi yang digunakan.Kita boleh mendapatkan maklumat dan pengetahuan tentang caranya pengurusan maklumat dengan cekap. 



Sumber:
Oleh Jesús Lau 
Pengerusi, Seksyen Literasi Maklumat / IFLA 
jlau@uv.mx / www.jesuslau.com
Universidad Veracruzana / DGB / USBI VER 
www.uv.mx/usbi_ver
Boca del Río, Veracruz, México 

From: LEE KAR WEI, A136312

A136261 - BAB 4 : Pengurusan Maklumat dan Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pembelajaran Sepanjang Hayat Teras Pembangunan Modal Insan

Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak kepada  pembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Kalau kita perhatikan bangsa-bangsa yang maju (dahulu dan sekarang) mahupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh bangsa atau syarikat tadi sememangnya berpaksikan kepada sumber manusia yang cemerlang ini.
Dan seiring dengan perkembangan semasa,  kemasyhuran penggunaan istilah sumber manusia ini mula berkurangan. Sekarang kita lebih selesa dengan istilah modal insan untuk merujuk kepada sumber manusia. Istilah modal insan dilihat lebih mesra kerana sumber manusia tadi dianggap seperti modal (yakni bukan suatu beban atau tanggungan) yang perlu dijaga bagi memastikan kelangsungannya sebagai pemangkin kepada usaha pembangunan. Maka tidak hairanlah dalam pembangunan modal insan, perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan pembelajaran, baik yang bersifat ilmiah, profesional mahupun vokasional diberi perhatian yang serius.
Dalam hal ini, faham pembelajaran sepanjang hayat berperanan besar dalam memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat menghasilkan satu tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh negara atau syarikat terbabit.
Faham pembelajaran sepanjang hayat adalah satu ilham yang terbit daripada satu laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa (Adult Education Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965. Di dalam laporan tersebut beliau menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja. Ia perlu mengiringi seseorang itu di sepanjang hayatnya.  
Manakala dalam satu laporan lain yang juga dikeluarkan oleh UNESCO yang bertajuk "Learning To Be" menyatakan bahawa capaian kepada pendidikan tidak sepatutnya dihadkan kepada golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam lingkungan umur yang tertentu sahaja. Ia sebaliknya perlu disebatikan ke dalam keseluruhan anggota masyarakat  dan kehidupan setiap ahlinya.
Apa yang lebih penting ialah faham pembelajaran sepanjang hayat membolehkan semua orang mendapatkan pengetahuan yang sepatutnya untuk membolehkannya mengambil bahagian secara cergas sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab.
Menurut Knassel, Meed and Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dikenalpasti menerusi tiga (3) sebab utama yang dikenali juga sebagai "The Three Es" iaitu employment (pekerjaan), empowerment (memberi kuasa) dan enjoyment (keseronokan).

Dalam arus persejagatan yang dialami sekarang, kemampuan seseorang menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran baru merupakan kunci utama untuk mendapatkan tawaran pekerjaan. Di dalam masyarakat workaholic seperti bangsa Jepun, kesedaran tentang kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai "employability fever"  di mana ahli masyarakatnya bersikap tekad untuk memiliki kelulusan atau kemahiran tertentu bagi menjamin mereka memperolehi peluang pekerjaan di dalam bidang yang mereka minati.
Jika di peringkat orang perseorangan, pembelajaran sepanjang hayat ini merupakan satu kelebihan bagi mendapatkan peluang pekerjaan tetapi di peringkat syarikat mahupun negara, ia merupakan pemangkin utama untuk meningkatkan penguasaan pasaran dan mencapai daya saing ekonomi yang mapan.

Apabila seseorang itu memperolehi pekerjaan yang diingini menerusi kesungguhannya mempelajari sesuatu yang baru atau sesebuah negara mencapai daya saing yang tinggi hasil kecemerlangan yang ditunjukkan oleh rakyatnya, secara tidak langsung mereka mempunyai lebih keupayaan atau kuasa untuk menentukan hala tuju yang ingin dicapai seterusnya. Inilah juga yang dirujuk oleh Knassel, Meed and Rossetti tadi sebagai empowerment.
Selain memberi ruang yang lebih dalam bidang pekerjaan mahupun keupayaan dalam menentukan sesuatu, pembelajaran sepanjang hayat juga merupakan satu keseronokan (enjoyment) kepada mereka yang cintakan ilmu pengetahuan dan sesuatu yang baru. Dalam banyak keadaan, belajar kerana seronok akan memudahkan lagi usaha memahami atau menghayati sesuatu perkara dan seterusnya akan mendorong seseorang itu untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang perkara tersebut.  
Jika kita ingin mengaitkan konsep pembelajaran sepanjang hayat ini dengan ajaran agama Islam, ia bukanlah sesuatu yang sukar. Malah wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w  di dalam surah al-‘alaq adalah berupa satu suruhan supaya baginda membaca walaupun baginda seorang yang buta huruf (ummiyy) dan sudah berusia 40 tahun pada masa tersebut.
Justeru, intisari wahyu pertama itu juga menjelaskan kepada kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan umat manusia supaya menuntut ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, apa yang dapat dicerap daripada wahyu ini juga ialah batas usia mahupun kekangan-kekangan yang ada, baik yang berupa halangan kebendaan, kewangan mahupun fizikal tidak seharusnya dijadikan sebagai suatu halangan kepada kita untuk menuntut ilmu kerana dalam agama Islam ia merupakan satu proses yang berterusan dan berpanjangan.
Arahan ini diperkukuhkan lagi oleh sabda nabi s.a.w di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah yang bermaksud : "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam."
Tanpa menjurus kepada satu lingkungan umur yang tertentu, kefarduan yang termaktub di dalam hadis di atas dapat difahami sebagai merangkumi semua peringkat usia umat Islam, baik yang muda mahupun yang dewasa atau yang tua, kaya mahupun miskin.
Jika kita kembali kepada sejarah kegemilangan ilmuwan Islam, pemahaman bahawa ilmu itu wajib dituntut walau dalam keadaan apa jua sekalipun telah melahirkan tokoh-tokoh terbilang seperti Iman Shafie (lahir sebagai seorang anak yatim yang miskin), Ibn Taimiyyah (lahir semasa keadaan siasah Islam berada dalam kacau bilau, al-Jahiz (seorang abdi berkulit hitam) dan lain-lain lagi.
Dalam konteks negara Malaysia, usaha untuk menyemarakkan faham pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dilihat menerusi iltizam kerajaan yang dinyatakan di dalam Teras Kedua Misi Nasional yang dimuatkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Walaupun dalam hal ini, kerajaan kita agak terlewat jika dibanding dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Korea Selatan mahupun Singapura kerana mereka bermula seawal pertengahan tahun 1990 an dan awal 2000 lagi, tetapi ia bukanlah satu alasan untuk kita tercicir daripada arus kemajuan dalam bidang keilmuan ini.
Pernyataan Teras Kedua itu antara lain menegaskan bahawa kejayaan negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki. Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia telah membuat iltizam untuk melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan juga vokasional.
Tidak seperti Knassel, Meed and Rossetti yang hanya menggariskan unsur peluang pekerjaan, keupayaan dan keseronokan sebagai dorongan utama kepada seseorang itu untuk belajar, matlamat pembangunan modal insan kerajaan Malaysia adalah lebih syumul dan bersifat lebih bersepadu (holistic). Ia berhasrat untuk melahirkan modal insan yang tinggi daya akal fikirannya tetapi pada masa yang sama mempunyai keperibadian yang unggul.
Apapun, kita sememangnya mengimpikan apa yang direncanakan kerajaan menjadi suatu kenyataan. Apalah guna menjadi satu bangsa yang maju jika kepentingan akhlak dan budi pekerti dikesampingkan. Sebaliknya kita mahu menjadi satu ummah yang seimbang dan cemerlang dalam semua perkara. Ini adalah bertepatan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Hakim di mana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Kemuliaan manusia adalah agamanya, harga dirinya (kehormatannya) adalah akalnya dan ketinggian kedudukannya adalah akhlaknya


ANDY LAU UNG HOU, A136261, sumber : Utusan Malaysia 18/2/2008

A136130 - Bab 3 : Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

PENGENALAN TENTANG KEPIMPINAN


Definisi Konsep


Secara umumnya, pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat kumpulan itu. Ini bermakna kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan kumpulan ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancang. Sesetengah orang menganggap ‘pemimpin’ itu seseorang yang boleh mendorong pengikut untuk bekerja kuat,menghasilkan sesuatu yang agung dan orang yang membantu lebih daripada orang yang menaikkan semangat atau mengarah. Walau apa pun pandangan, pada asasnya pemimpin adalah gabungan semua sifat iaitu pengarah, pendorong dan pembantu.
Mengikut Katz dan Khan (1978) terdapat tiga perkara yang ditekankan dalam konteks kepimpinan, iaitu kedudukan atau jawatan, Sebagai peribadi seorang individu dan sebagai satu rangkaian tingkah laku tertentu. Robert Dubin (1958) menjelaskan iaitu; Leadership in organizations involves the exercise of autority and the making od decisions.
Berdasarkan definisi tersebut, kepimpinan merujuk kepada keupayaan serta kebijaksanaan seseorang ketua dalam menguruskan kakitangan bawahannya dan sumber yang ada. Ia juga bermaksud sesuatu kuasa yang ada pada seseorang pemimpin untuk menggerakkan anggota kumpulannya untuk mencapai matlamat tertentu.Untuk mempengaruhi kakitangan, biasanya seseorang pemimpin menggunakan pelbagai cara seperti memberi pujian, semangat, sokongan, ganjaran, menunjukkan model yang baik, menjelaskan matlamat yang dikehendaki dan sebagainya.
Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepimpinan adalah sangat penting. Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang pengetua. Sekolah yang mempunyai pelbagai kelengkapan tetapi pengetuanya pula seorang yang lembap dalam menjalankan tugas menyebabkan sekolah yang berkenaan tidak akan menjadi cemerlang. Jadi, kepimpinan yang cekap adalah memainkan peranan penting dalam kepimpinan pendidikan.
Untuk menjadi seorang pemimpin di sekolah dan juga seorang pemimpin di peringkat Jabatan Pendidikan Daerah, Negeri dan juga Persekutuan memerlukan ketokohan kepimpinan. Ia memerlukan pengetahuan dalam bidang akademik, latar belakang murid dan masyarakat, masalah tingkah laku pelajar dan kakitangan, kurikulum sekolah, pengurusan pejabat, konsep kepimpinan, hubungan komunikasi, masalah politik semasa dan sebagainya. Tanpa pengetahuan yang lengkap dalam bidang-bidang tersebut, seseorang pentadbir pendidikan akan merasa tidak yakin ke atas keupayaan kepimpinannya.
Teori-Teori Kepimpinan
Banyak teori mengenai kepimpinan dikemukakan. Dari dahulu hingga sekarang berbagai-bagai sudut dikaji. Namun pendapat-pendapat mengenainya tidak sekata. Hasilnya muncul pelbagai pandangan berkaitan dengan kepimpinan. Seorang pemimpin yang baik perlu mengetahui tentang teori, model dan konsep kepimpinan yang wujud. Dalam mengkaji kepimpinan, berbagai teori dikemukakan seperti teori sifat, teori perlakuan, teori kotegensi, teori karismatik, teori X, Y dan Z, dan sebagainya.
Teori X dan Y
Teori ini telah diasaskan oleh Douglas McGregor (1960) yang membuat dua set andaian terhadap manusia iaitu ‘Teori X’ dan ‘Teori Y’. Teori X ialah pendekatan ‘carrot and stick (Razali Mat Zin, 1966). Teori X mengandaikan bahawa pekerja semulajadinya malas dan akan mengelak daripada bekerja kecuali dipaksa, pekerja tidak mempunyai cita-cita dan tidak mahu memikul tanggungjawab, pekerja tidak mempunyai motivasi untuk menjayakan matlamat organisasi dan pekerja hanya mahu bekerja kerana dirangsang oleh keperluan psikologi dan keperluan keselamatan mereka sahaja.
Teori Y pula lebih bercirikan motivasi dan pengiktirafan. Teori ini mengandaikan bahawa kerja sebagai satu perkara semulajadi iaitu suatu perkara biasa sama seperti bermain, bersukaria dan lain-lain jika keadaan kerja itu baik, tetapi mereka akan menganggap kerja sebagai beban jika pengalaman bekerjanya pada masa lepas tidak menyenangkan. Selain itu, pekerja sememangnya mencari dan mahukan tanggungjawab kerana ia membawa kepada kepuasan jiwa.
Teori Perhubungan Manusia
Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan manusia boleh mempengaruhi kelakuan dan perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanakan tugas. Kajian-kajian telah dibuat oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang sangat disukai orang-orang bawahan iaitu :
Perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientation).
Perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan orang-orang bawahan (human relations orientation).
Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh membawa kejayaan kepada organisasinya. Dalam erti kata lain, pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga perhubungan baik dengan pengikutnya.
Teori Kepimpinan Mengikut Situasi (Situasional Leadership Theories)
Bermula dari tahun 1940-an lagi penyelidik-penyelidik telah mencari faktor-faktor situasi yang boleh mempengaruhi peranan, kemahiran, dan tingkah laku pemimpin ke atas prestasi dan kepuasan bekerja.Fred Fiedlier telah mencadangkan satu model Kotegensi Kepimpinan yang efektif. Model ini mengandungi hubungan antara stail kepimpinan dengan suasana situasi yang menyenangkan. Kesesuaian situasi ini bergantung kepada 3 dimensi berikut:
Hubungan antara pemimpin dan pekerja berdasarkan kepada percaya dan hormat menghormati.
Darjah struktur tugas, iaitu sejauhmana tugas itu didefinisikan dengan jelas atau kabur.
Kedudukan dan kuasa pemimpin yang didapati melalui autoriti formal, sama ada pemimpin/ individu boleh mempertimbangkan untuk memberi ganjaran, dendaan, menilai atau menaikkan pangkat kakitangan.
Situasi yang menyenangkan akan diperolehi sekiranya ketiga-tiga dimensi tersebut positif. Dengan kata lain, sekiranya ketua itu secara amnya diterima kakitangan, struktur tugas jelas dan ketua mempunyai autoriti dan kuasa formal. Situasi ini menyenangkan dan digabungkan dengan gaya kepimpinan dapat menghasilkan keberkesanan.
Dalam Teori Kepimpinan Mengikut Situasi, teori ini bermula dengan anggapan bahawa keadaan yang berbeza memerlukan cara memimpin yang berbeza, jika keberkesanan ingin diwujudkan. Rasionalnya ialah kepimpinan yang berkesan akan bukan sesuatu yang nyata yang boleh wujud tersendiri dengan bentuk yang sama, tetapi ianya bergantung kepada beberapa faktor lain berupa manusia dan persekitaran yang saling berinteraksi dan saling mempengaruhi. Intipati kepada teori-teori ini ialah :
Cara memimpin yang berbeza boleh berkesan, bergantung kepada kematangan orang-orang bawahan ; mereka yang matang kurang memerlukan penyeliaan, manakala mereka yang kurang matang memerlukan arahan dari ketua
Cara memimpin yang berbeza sesuai dalam keadaan yang berbeza ; cara paling baik hendaklah mengambil kira faktor-faktor penting sebelum sesuatu keputusan dibuat
Tidak ada hanya satu saja cara memimpin yang paling baik; keberkesanan seseorang pemimpin bergantung kepada persekitaran yang berupa manusia dan keadaan
Pemimpin yang berkesan adalah mereka yang mendorong dan menunjuk jalan kepada orang bawahan untuk menghasilkan sesuatu yang paling baik.
Teori Perlakuan
Teori ini menjelaskan bahawa perhubungan kemanusiaan boleh mempengaruhi kelakuan dan perlakuan antara kedua-duanya. Perlakuan pemimpin terutamanya, boleh memberi kesan terhadap kepuasan hati pengikut dalam melaksanankan tugas. Kajian-kajian oleh pelopor-pelopor teori ini untuk mengenalpasti perlakuan-perlakuan ini dan didapati ada dua corak perlakuan pemimpin yang sangat mempengaruhi orang-orang bawahan iaitu perhatian dan penekanan terhadap tugas untuk mencapai matlamat organisasi (task-orientation) dan perhatian dan penekanan terhadap perhubungan baik antara pemimpin dengan orang-orang bawahan (human relations orientation).
Kajian-kajian ke atas dua perlakuan ini membawa kepada kesimpulan bahawa pemimpin yang memberi perhatian berat kepada tugas dan orang-orang bawahannya boleh membawa kejayaan kepada organisasinya. Pemimpin yang berjaya ialah pemimpin yang mengambil berat tentang tugas dan yang menjaga perhubungan baik dengan pengikutnya.
Fungsi dan peranan pemimpin dilihat melalui dua kategori iaitu untuk menyelesaikan masalah dan pengendalian kumpulan pengikut. Pemimpin yang berkesan lazimnya bijaksana dalam mengendalikan kedua-dua perkara tersebut dalam memenuhi tuntutan individu, kumpulan dan organisasi. Pemimpin juga dinilai dari segi keupayaannya dalam melaksanakan tangungjawab berorientasikan pekerja atau tugas.
Pemimpin yang mementingkan organisasi tugas lebih mengutamakan standard pencapaian dan daya pengeluaran tetapi hubungan kemanusiaan dan kebajikan pekerja kurang dititik beratikan. Pemimpin yang berorientasikan pekerja mendapat pujian dan popular tetapi mungkin menurun dari segi produktiviti dan kualiti. Kesan perlakuan pemimpin berdasarkan tangungjawab berorientasikan tugas dan orentasi pekerja telah memberi impak terhadap keberkesanan peranan kepimpinan mereka.
Keseluruhannya, walaupun teori-teori yang dikemukakan ini berbeza dari segi pendekatan, isi dan kesimpulan, kesemuanya mirip menyatakan ada satu saja cara yang terbaik untuk memimpin orang bawahan. Masing-masing mengutarakan cara mereka. Ada yang mengatakan kejayaan bergantung kepada karisma seseorang, ada yang mengatakan bahawa kejayaan pemimpin bergantung kepada kelakuan dan perlakuan tertentu, dan ada pula yang mengatakan kejayaan bergantung kepada anggapan pemimpin terhadap orang-orang bawahannya ( Ibrahim Mamat, 2001).
Walau bagaimanapun, semuanya mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Tidak ada satupun yang sempurna. Namun teori-teori ini sangat berguna untuk diteliti oleh orang-orang yang ingin menjadi pemimpin kerana mereka dapat mengetahui hal-hal yang boleh memberi kesan ke atas kepimpinan.
Jenis-Jenis Kepimpinan
Penyelidikan mengenai jenis kepimpinan ini masih berjalan dengan lancar dan selain dari jenis yang disebutkan di atas, ada berbagai-bagai lagi gaya kepimpinan. Reddin , 1970 (dalam Robiah Sidin, 1989) telah membahagikan gaya kepimpinan mengikut model dimensi yang mengandungi tiga gaya asas, empat gaya pengurusan yang berkesan dan empat lagi gaya pengurusan yang agak kurang berkesan. Manakala Boles dan Davenport, 1975, telah menyarankan beberapa gaya untuk kepimpinan dan cara dia menggunakan kuasa itu.
Gaya kepimpinan yang pelbagai menunjukkan bahawa konsep kepimpinan itu adalah amat rumit. Seseorang pentadbir yang memegang sesuatu jawatan itu tidak semestinya terus dianggap menjadi seorang pemimpin. Pentadbir harus pertama sekali berupaya menggerakkan anggota-anggota lain di dalam sesuatu kumpulan itu, membimbing dan mengarahkan mereka menuju ke suatu matlamat tertentu.
Dalam pada itu, pentadbir harus memastikan bahawa dia mematuhi norma-norma yang telah ada mengenai seseorang pemimpin. Segala langkah tindakannya juga harus memberi kepuasan kepada anggota-anggota secara individu. Untuk membolehkan pentadbir membuat penyesuaian terhadap keperluan-keperluan yang bermacam-macam lagi kompleks, seseorang pemimpin harus berupaya mengubahsuai gaya kepimpinannya mengikut keadaan yang timbul.
Kepimpinan Demokratik (Democratic Leadership)
Pemimpin demokratik percaya kepada penglibatan semua orang dalam membuat sesuatu keputusan/tindakan. Dia juga percaya kepada musyawarah. Dia sering menurunkan kuasanya kepada orang-orang bawahan dan memberi kebebasan kepada mereka untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan kebijaksanaan dan kebolehan masing-masing.
Pemimpin demokratik berperanan menjadi pembimbing yang baik kepada kumpulannya. Dia menginsafi peranannya sebagai penyelaras tugas anggotanya dengan mengutamakan rasa tanggungjawab dan kerjasama baik kepada setiap individu yang dipimpinnya. Dia juga tahu urusan kumpulan bukan masalah peribadinya. Kekuatan kumpulan bergantung kepada penglibatan semua pihak. Sebagai pemimpin, ia menyedari dia tidak mampu bekerja seorang diri. Dia memerlukan sokongan orang-orang bawahannya. Kuasa diagih-agihkan menyebabkan semua orang merasa yakin dan senang hati menunaikan tugas masing-masing. Dengan demikian kumpulan akan terus berjalan lancar dan bergerak maju.
Menurut Ibrahim Mamat (2001), pemimpin demokratik berfungsi sebagai pemangkin yang mempercepatkan perjalanan proses menuju matlamat dengan cara yang paling sesuai. Disebabkan kepimpinannya bersifat membantu, dia dihormati dan dihargai serta dilihat sebagai lambang ‘kebaikan’. Orang bawahan tidak melihatnya sebagai majikan kerana apabila sesuatu hasil diperolehi, ia dianggap sebagai hasil dari komitmen bersama, buka hasil dari usahanya bersendirian kerana dia sedar bahawa dia buka ‘superman’.
Para pemimpin jenis demokratik ini juga dikatakan mudah lentur dan bergantung kepada sumber-sumber kuasa yang tidak mendesak seperti kepakaran, memujuk, alasan-alasan yang kukuh dan ganjaran. Di samping itu, dia juga menekankan konsep perkongsian tanggungjawab apabila sesuai dan juga memberi kuasa. Jenks (1990) mengaitkan gaya kepimpinan ini juga dengan tingkah laku dan mengatakan bahawa kepimpinan turut serta mementingkan kedua-dua pengeluaran dan manusia atau struktur tugas dan timbangrasa. Di antara matlamat stail kepimpinan ini adalah semangat kerja berpasukan.
Kepimpinan Autokratik (Autocratic Leadership)
Individu autokrat percaya kuasa membuat keputusan mesti dipegang oleh pemimpin. Dia memberi perintah dan pengikut mesti patuh kepada arahan yang diberi tanpa banyak soal. Pemimpin autocrat dapat mempastikan tugas-tugas yang diberi dilaksanakan dengan sempurna oleh orang bawahannya, tetapi oleh kerana mereka hanya mengikut arahan dan tidak boleh bersuara, semangat kerjasama mereka lemah dan mereka tidak kreatif serta tidak mempunyai inisiatif.
Para pemimpin autokrat lazimnya berfungsi secara autonomi memberi tunjuk ajar tentang apa dan bagaimana tugas-tugas harus dilakukan, membuat keputusan sendiri dan suka memberi arahan (Keith & Girling, 1991). Kepimpinan mereka dicirikan oleh penekanan yang kuat terhadap pengeluaran dan kurang terhad elemen manusia (Jenk, 1990). Orang-orang bawahan diharapkan mengikut dan membuat apa yang mereka diarahkan. Konflik atau masalah diselesaikan dengan pantas dan komunikasi lebih bersifat dari atas ke bawah.
Mereka menggunakan ganjaran dan hukuman, memuji dan memberi penghargaan dan selalunya menggunakan kritikan tidak membina (Keith & Girling, 1991). Power & Power (1983) berpendapat, sekiranya pemimpin ini berketrampilan, tingkahlakunya yang autokratik itu akan dianggap sebagai beban yang terpaksa diterima. Jika tidak berketrampilan perasaan marah, kebencian dan kerisauan akan timbul dan ini akan melumpuhkan seluruh operasi organisasi. Stail kepimpinan autokratik diangggap berkesan dalam situasi yang terdesak kerana ia membenarkan proses membuat keputusan yang tepat.
Kepimpinan Lepas-Bebas (Laizssez-Faire Leadership)
Pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk bertindak atau membuat keputusan. Dia tidak mencampuri langsung. Dia melihat mereka sudah matang, tahu yang mana baik dan yang mana buruk serta membezakan antara betul dan salah. Baginya mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang dilakukan, membiarkan mereka bersendirian dan jangan mengusik. Apa yang diperlukan hanyalah matlamat yang telah dipersetujuai tercapai.
Keadaan yang sangat bebas dan liberal ini terkadang memperlihatkan sesebuah kumpulan itu seolah-olah tidak mempunyai pemimpin kerana setiap orang bekerja mengikut cara tersendiri. Seandainya orang-orang bawahan betul-betul matang, maka penghasilannya memang baik, tetapi jika ramai antara mereka yang kurang matang, maka hasilnya sangat tidak memuaskan kerana mereka seperti kehilangan pedoman sebab tiada pemandu/pembimbing yang menunjuk arah.
Menurut Keith & Girling (1991), stail kepimpinan laissez-faire bersandar kepada falsafah membiarkan setiap individu dalam organisasi membuat kerjanya sendiri. Para pemimpin jenis ini tidak mempunyai matlamat dan objektif kerja yang jelas dan juga tidak mempunyai perancangan. Oleh kerana keadaan organisasi di bawah pemimpin-pemimpin itu tidak ada prosedur untuk membuat keputusan yang jelas, maka konflik antara berbagai kumpulan dinamik sama ada formal atau tidak formal akan wujud dan sukar untuk dikawal.


ARTIKEL DARIPADA GROUP 1- NG XIN WEN A136130
SUMBER DARIPADA http://kulanzsalleh.com/pengenalan-tentang-kepimpinan/

Wednesday, 14 December 2011

A136563:BAB 3 : Kepimpinan Dan Kerja Berpasukan

Konsep Kerja Berpasukan

Menurut Ab Aziz (2003), kerja berpasukan adalah gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung sama ada dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan  pengetahuan. Mereka masing-masing mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia
melaksanakan tugas yang mencabar. Merujuk Zainal Ariffin (1998), pasukan kadangkala dikenali sebagai kelompok atau kumpulan yang bekerjasama untuk mencapai matlamat spesifik jabatan atau organisasi. Merujuk Saari (1991), kerja berpasukan ialah sesuatu kumpulan yang melaksanakan tugas bersama-sama, ia berfungsi sebagai sebuah pasukan dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama.

 Pasukan Kerja 
 Pasukan kerja dikatakan sebagai satu set struktur hubungan interpersonal dalam usaha mencapai matlamat yang sudah  ditetapkan. Ia juga merujuk kepada sekumpulan individu yang kongsi matlamat dan  kerja serta kemahiran setiap ahli sesuai dan perlu kepada ahli lain dalam pasukan. Lussier dan Achua (2001)
mendefinisikan pasukan kerja sebagai satu pemahaman dan komitmen antara semua ahli dalam pasukan ke arah pencapaian matlamat pasukan itu sendiri. Pasukan adalah sebuah kumpulan kualiti. Pasukan dibentuk berdasarkan pengetahuan, pengalaman serta status dan bukannya berdasarkan kebolehan individu
untuk bekerja bersama-sama (Tengku Abd. Aziz, 1999). Pasukan  kerja di sesebuah organisasi dibentuk untuk melaksanakan sesuatu tugas atau program dalam jangka waktu pendek atau panjang berdasarkan kehendak  program atau aktiviti. Pasukan kerja merupakan kumpulan individu yang bekerjasama untuk mencapai satu matlamat bersama. Maka, pasukan kerja bergabung  untuk mecapai matlamat organisasi dan
kepentingan individu diketepikan (Lussier, NR., 1998). Kerja berpasukan juga boleh merujuk kepada satu set nilai yang menggalakkan tingkah laku seperti mendengar dan memberi respon yang membina
terhadap pendapat orang lain, menjelaskan keraguan, serta memberi sokongan penuh kepada ahli. Ini termasuklah menghargai  minat serta mengiktiraf pencapaian ahli pasukan yang lain (Katzenbach & Doughlas, 1993). Ia merupakan gabungan usaha,pengetahuan, kemahiran dan kebolehan  yang dilakukan secara sinergi untuk menghasilkan prestasi kerja melebihi input yang dilakukan secara bersendirian.Melalui usaha ahli pasukan membolehkan  organisasi meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber. Walaubagaimanapun, kerja berpasukan yang sedia stabil turut dirundung kebimbangan terhadap kesan negatif perubahan. Antaranya berpunca daripada norma pasukan, keakraban pasukan dan pemikiran pasukan.

a.  Norma Pasukan
 Norma didefinisikan sebagai peraturan informal yang telah dipersetujui secara kolektif bagi menyediakan garis panduan ahli-ahli pasukan untuk bergelagat.Oleh itu, norma berperanan untuk:
i. menyediakan panduan tingkah laku atau gelagat yang dipersetujui
bersama oleh ahli-ahli pasukan.
ii. memberitahu atau menyediakan garis panduan kepada ahli-ahli berkaitan
dengan perkara-perkara yang patut dan tidak patut dilakukan.
iii. norma juga akan menjelaskan apakah jangkaan ahli-ahli pasukan terhadap
ahli yang lain dalam organisasi yang dianggotai.
iv. membolehkan pengalaman terdahulu dijadikan garis panduan untuk
bertindak dalam situasi yang baru.
v. menyesuaikan tingkah laku atau gelagat seseorang dengan norma-norma
yang ada dalam pasukannya.
vi. dapat membangkitkan kejujuran, ketaatan dan peningkatan komitmen
terhadap organisasi.

Dalam sesebuah organisasi biasanya akan membentuk norma tidak formal bagi membendung perlakuan yang diizinkan atau pengelak daripada berlakunya pelencongan di kalangan ahli. Oleh kerana perubahan akan mengubah struktur tanggungjawab dan perhubungan maka secara tidak langsung di antara pasukan,
norma dan tanggapan ahli-ahli yang memerlukan penerimaan norma baru untuk situasi yang baru.    


Keakraban Pasukan
Keakraban pasukan bermaksud tahap di mana ahli-ahli pasukan tertarik terhadap satu dengan yang lain sehingga terdorong untuk terus tinggal dalam pasukan. Keakraban yang ditunjukkan menyebabkan mereka lebih bersedia untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran. Disamping itu, pereratan yang
tinggi akan menarik ahli untuk lebih bertolak ansur untuk saling membantah ke atas sesuatu isu, mewujudkan perasaan kekitaan (esprit de corps) dan rasa pemikiran yang tinggi. Adalah didapati pereratan pasukan akan mempengaruhi produktiviti sesuatu pasukan. Hubungan antara pereratan dengan pasukan adalah seperti berikut:
i. pereratan pasukan akan mempengaruhi produktiviti hasil daripada
 komitmen dan keyakinan yang dimiliki antara satu dengan yang lain.
ii. pereratan dan produktiviti saling mempengaruhi terhadap prestasi
 yang ditunjukkan oleh pasukan kesan daripada sinergistik yang
 ditunjukkan.
iii. gabungan antara norma prestasi kerja yang tinggi dan pereratan tinggi
 akan menjurus kepada peningkatan produktiviti  kesan daripada
 sepenuh penumpuan yang diberikan terhadap tugas yang telah
 dipertanggungjawabkan.
iv. jika pereratan dalam organisasi  tinggi tetapi norma prestasi yang
 rendah akan mengakibatkan produktiviti yang sederhana kesan
 daripada tumpuan terhadap tugas yang rendah.
v.  jika pereratan rendah dan norma prestasi rendah, produktiviti juga 
  akan rendah kerana berlakunya banyak pembaziran terhadap sumber
  organisasi kesan daripada konflik, kekecewaan dan ketidakpuasan.

Hubungan rapat ahli-ahli dalam pasukan membabitkan prestasi sesuatu pasukan. Pasukan yang tinggi keakrabannya akan menghalang usaha untuk memecah dan mengubah matlamat pasukan tersebut. Ahli-ahli pasukan lebih gemar mengekalkan status quo dan mempertahankan kepentingan pasukan daripada ancaman perubahan yang dapat menggugat kedudukan mereka.

  Lepak Sosial Pasukan
Lepak sosial pasukan merupakan keadaan subordinat yang tidak bersedia melakukan perubahan apabila berada dalam  organisasi di mana prestasi kerja keseluruhan adalah rendah. Bagi mereka mengapa perlu berubah sedangkan ahli pasukan yang lain tidak bersedia untuk  berubah. Oleh itu, tiada sebab bagi
sesetengah ahli pasukan  bersusah payah berhadapan dengan ketidakpastian melakukan perubahan walhal ahli-ahli yang lain bersikap tunggu dan lihat. Lepak sosial pasukan berlaku adalah mungkin  disebabkan oleh ramai ahli dalam pasukan tidak memberikan tahap usaha yang sama untuk melakukan perubahan berbanding
dengan segelintir yang lain. Sekiranya terdapat di kalangan ahli dalam pasukan yang menolak perubahan maka kebiasaannya akan mempengaruhi ahli-ahli yang lain.Lepak sosial pasukan berlaku apabila wujudnya senario tunggu dan lihat di kalangan ahli sebelum menerima atau menolak senario perubahan. Akibat daripada
keadaan ini berlaku, ahli-ahli tertentu mengharapkan ahli lain supaya melakukan perubahan terlebih dahalu. Lepak sosial pasukan mungkin juga disebabkan terdapat di kalangan ahli pasukan yang bergantung kepada kesediaan dan keupayaan individu tertentu untuk mengambil initiatif bagi  memulakan perubahan. Akibat daripada keadaan ini banyak di kalangan ahli pasukan yang lain menunggu untuk mengambil
kesempatan dan menumpang di atas kejayaan orang lain. 

   Pasukan Kerja
Apabila sesuatu kumpulan melaksanakan tugas bersama-sama, ia berfungsi sebagai sebuah pasukan dan berusaha  untuk mewujudkan keadaan kerjasama yang dinamakan pasukan kerja (Saari, 1991).  Menurut Ron Archer (1996), beliau menyatakan bahawa pasukan kerja sebagai sebarang kumpulan manusia yang
mempunyai tujuan umum yang sama dan  masing-masing mengiktiraf ahli lain sebagai rakan sepasukan yang sama taraf. Menurut Hilarie Owen (1996), pasukan kerja adalah sekumpulan individu yang kerja bersama secara berterusan dan kongsi matlamat antara ahli dalam pasukan. Pendapat beliau sama dengan Richard  et.al (1995) yang mengatakan bahawa pasukan kerja sebagai ‘a group’s members mustinteract; must work toward valued, common, specified goals and objectives; andmust adapt to circumstances in order to meet  these goals and objectives.’ Beliau menyatakan kerja berpasukan merupakan penyempurnaan kerja secara teknikal yang dilaksanakan oleh individu yang terdiri daripada sepasukan atau sekumpulan ahli.Secara amnya, istilah ‘pasukan’ terdiri daripada kelompok individu yang mempunyai kepentingan dan peluang yang signifikan. Di dalam pasukan, setiap ahli memiliki kemahiran dan kebolehan yang saling melengkapi. Mereka bersama-sama memainkan peranan mereka untuk kemajuan organisasi. Mereka bekerja dalam persekitaran yang saling mempercayai, mereka menyuarakan pendapat dan idea melalui perbincangan dan setiap masalah  diselesai secara bersama. Kepentingan adalah untuk pasukan dan bukan individu. Begitu juga, setiap ahli dalam kerja
berpasukan adalah bermatlamat membangunkan organisasi. Bergerak secara berpasukan akan menggambarkan keupayaan semua ahli organisasi itu berkhidmat untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama.Begitu juga, Johnson & Johnson’s (1991) dalam kenneth & Allan (1995) mendefinisikan pasukan sebagai satu set struktur hubungan interpersonal dalam usaha mencapai matlamat yang ditetapkan. Malik (1997) menyatakan kerja berpasukan merupakan prasyarat yang amat penting bagi kejayaan sesebuah
organisasi. Melalui kerja secara berpasukan, matlamat dan misi sesuatu organisasi akan dapat dicapai dengan menyeluruh dan berkesan. Manakala Katzenbanch & Doughlas dalam Tee (2003), menyatakan bahawa pasukan kerja sebagai sebilangan kecil individu yang mempunyai kemahiran ‘complementary’, di mana merek 
mempunyai komitmen tinggi terhadap tujuan umum, matlamat prestasi dan pendekatan yang membolehkan mereka saling memikul tanggungjawab bersama.Keberkesanan Kerja Berpasukan Francis dan Young (1992) menyatakan bahawa, keberkesanan kerjaberpasuka mempunyai enam kekuatan iaitu:

i. kelemahan seseorang individu dalam  pasukan akan dineutralkan oleh
kekuatan anggota pasukan yang lain.
ii. kerja pasukan membina persetujuan dan komitmen kepada matlamat
organisasi. iii. perhubungan pasukan merupakan motivasi yang paling kuat.
iv. ahli pasukan dapat bekerja bersama dengan berkesan, berjaya dan
gembira.
v. pasukan dapat mendisiplinkan ahli-ahlinya iaitu pemikiran negatif 
seolah-olah tidak wujud di kalangan ahli.
vi. kemahiran pasukan membolehkan ahlinya menyertai pasukan baru dan
mencapai keberkesanan berpasukan dengan cepat.
Sehubungan dengan itu, Kazemark (1991) telah membangunkan Model
Komprehensif dengan menyenaraikan 10 kriteria kerja pasukan yang berkesan iaitu:
i. matlamat yang difahami dan dipersetujui
ii. konflik yang berlaku dapat ditangani dengan baik
iii. ahli berkongsi peranan kepimpinan
iv. keupayaan ahli digunakan sepenuhnya
v. komunikasi terbuka dan penglibatan di mana ahli tahu apa yang berlaku
dalam pasukan
vi. ahli menyokong kawalan dan prosedur pasukan
vii. penglibatan dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan
viii. pengujian dan kreativiti digalakkan
ix. menilai fungsi dan proses dengan kerap
x. setiap ahli memahami peranan dan tanggungjawab dan had kuasa masingmasing.
 Manakala, Archer (1996) juga telah menyenaraikan ciri-ciri kerja berpasukan
yang berkesan iaitu:
i. kepimpinan yang dinamik serta mendapat sokongan daripada organisasi
ii. ahli pasukan yang mempunyai wawasan bersama
iii. matlamat kerja berpasukan adalah jelas
iv. latihan yang mencukupi dan bersesuaian
v. autoriti dan peluang membuat keputusan
vi. menghargai nilai konflik yang wujud. vii. menghormati perbezaan individu dan menggunakannya sebagai refleksi
diri.
viii. berkomunikasi secara terbuka dan berkongsi sumber yang sedia ada
ix. kesanggupan menikmati kejayaan dan memikul beban bersama.

   Keberkesanan kerja berpasukan akan memperlihatkan sembilan komponen yang disebut sebagai ‘peta’ oleh McGregor, Likert dan Blake & Mouton (1964) dalam Tengku Abd. Aziz (1999) iaitu nilai yang jelas dan dikongsikan, tugas yang jelas, kepimpinan mengikut keadaan, bangga dengan pasukan, tugas yang jelas,
maklum balas dan kaji semula, sikap terus terang dan ikhlas, membuat keputusan bersama dan penekanan pada tindakan. Kajian Weller (1998) telah membuktikan peranan TQM dan kerja berpasukan membawa kejayaan di peringkat sekolah dan organisasi sekolah. Menurut beliau lagi, perkongsian maklumat, idea, inovasi  dan bekerja secara komited memberi tranformasi kepada sekolah ke arah sekolah berkualiti. Peningkatan kualiti bukanlah usaha yang boleh diserahkan kepada seseorang secara individu. Ini kerana masalahmasalah dalam proses kerja adalah bersifat komplek, melibatkan berbagai bahagian dan sistem. Oleh itu lazimnya penyelesaian masalah tersebut adalah di luar kemampuan individu. Dalam keadaan yang  demikian setiap pihak dalam jabatan perlu bertindak secara berpasukan supaya segala kekuatan dan sumber yang ada dalam jabatan dapat digemblengkan sepenuhnya.

Daripada Suhaini Mat Seman A136563
Rujukan: Ab. Aziz Yusof (2003).  Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Petaling Jaya: 
Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 
Ab. Aziz Yusof (2004). Kepemimpinan Dalam Mengurus Perubahan. Dari Dimensi 
Kemanusiaan. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.   
                         

                

A136611 - Bab 3 : Kepimpinan dan Kerja Berpasukan


RENCANA

ARKIB : 08/04/2011

Menilai jenis pemimpin

Oleh Aziz Jamaludin Mhd Tahir

MEMINJAM kerangka analisis kepimpinan yang dirumuskan oleh Dr. Azizan Bahari, seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia memberikan kita ilham bagi memilih jenis pemimpin yang bakal memimpin kita. 

Dalam bukunya, Menjadi Pemimpin (2008), Dr. Azizan memberikan pengukuhan konsep pemimpin kepada empat jenis utama iaitu pemimpin karismatik, pemimpin transaksi, pemimpin yang sentiasa memikirkan kaedah memenangkan dirinya sendiri dan pemimpin transformasi.

Seorang pemimpin karismatik merupakan pemimpin yang popular dan menjadi pujaan pengikutnya. Pemimpin jenis ini, walaupun adakalanya membuat kesilapan, kesilapan yang dilakukan itu tidak dinilai sebagai satu kesilapan. Malah, setiap kali percubaan untuk mendedahkan keburukannya akan dianggap sebagai satu helah, kemudiannya akan dirumuskan sebagai konspirasi. Penyokong setianya tidak boleh menerima kesalahan tersebut, dan sebarang percubaan menjatuhkan pemimpin itu akan ditentang kerana mereka sanggup "mati dan berjuang" mempertahankannya.

Menjadi lebih keutamaan ialah pemimpin karismatik bukan sahaja mampu menghimpunkan ramai pengikut bahkan orang sanggup mendengar ucapannya dengan tekun tanpa menilainya sebagai sesuatu yang bertentangan. Pemimpin jenis ini amat bijak menggunakan lisan dan bahasa badan sehingga ia dilihat hebat, mampu menyelesaikan masalah masyarakat dan gaya retoriknya mempunyai ritma "mega mendung." Pemimpin jenis ini tahu membangkitkan resah melalui kata-kata dan mampu pula memberikan solusi walaupun secara rasionalnya ia adalah sesuatu yang tidak munasabah.

Pemimpin transaksi tidak mempunyai kehebatan berpidato, tetapi ia merupakan pemimpin yang sanggup bekerja keras untuk memenuhi tanggungjawabnya. Pemimpin jenis ini mempunyai idea yang praktikal dan tidak akan membuat janji seandainya tidak mampu dilaksanakan. Pemimpin transaksi mengamalkan gaya kepimpinan sederhana, tidak meninggi diri dan sentiasa berkorban untuk mensejahterakan orang yang dipimpinnya.

Pemimpin ketiga ialah pemimpin yang sentiasa memikirkan kaedah untuk menang sendiri. Pemimpin ini akan menggunakan apa sahaja kaedah dan cara yang difikirkan sesuai asal sahaja kedudukannya dapat dipertahankan. Sifat ini amat bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Nicollo Micheavelli dan bagi Dr. Azizan ia dikenali sebagai pemimpin ‘Halsca’ (halal segala cara). Fitnah bukan dilihat sebagai kaedah jijik, malah dianggap sebagai satu strategi politik.

Pemimpin keempat ialah pemimpin transformasi. Pemimpin jenis ini bukan sahaja memberikan ilmu kepada pengikutnya malah turut berusaha membentuk budaya berfikir secara rasional. Ia ikut membudayakan percambahan ilmu dan tidak mudah berjanji untuk menempatkan dirinya sebagai populis.

Pemimpin transformasi adakalanya dilihat mempunyai gaya karismatik, tetapi bukan dengan tujuan untuk menunjukkan kehebatan secara peribadi. Pemimpin transformasi tidak berusaha membentuk kelompok penyokong yang fanatik, tetapi lebih menjurus kepada pembentukan pemikiran penyokongnya secara rasional agar mampu membuat keputusan dengan bijak dan berkesan. Pemimpin jenis ini bercakap dengan menggunakan fakta dan bukannya gemar membuat kesimpulan secara tergesa-gesa.

Seorang pemimpin transformasi sentiasa memberikan fokus selaras dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin. Pemimpin jenis ini meletakkan amanah sebagai pemandu arah dan berusaha sepenuh daya untuk memberikan kesejahteraan kepada orang yang dipimpinnya. Pemimpin transformasi tidak menjadikan kedudukannya sebagai keistimewaan, sebaliknya mengutamakan setiap peluang dan fikirannya untuk memenuhi tuntutan masyarakat.

Perspektif kepimpinan transformasi merupakan sifat kepimpinan yang banyak diberikan penekanan dalam al-Quran. Pemimpin jenis ini akan sentiasa berusaha menunaikan tanggungjawabnya dengan penuh amanah dan bila membuat sesuatu keputusan, ia berdasarkan kepada prinsip keadilan.

Konsep keadilan tidak dicampuradukkan dengan konsep sama rata. Konsep keadilan ialah meletakkan hak ditempat yang sepatutnya, maka dalam memenuhi tuntutan tersebut, ia tetap bersandarkan kepada peraturan dan etika yang telah melembagakan sesuatu perkara. Bagi perkara-perkara yang belum dilembagakan sebagai satu bentuk peraturan dan etika, akan dicari pula satu rumusan yang boleh diterima secara umum.

Dalam konteks ini, pemimpin transformasi tidak akan meminggirkan kelompok minoriti walaupun dalam konteks demokrasi, majoriti menjadi kuasa penentu. Kepentingan minoriti akan dilihat secara saksama, kerana mereka juga mempunyai hak selagi hak tersebut tidak melanggar hak orang lain.

Dalam konteks kepimpinan Islam, menunaikan tanggungjawab, menjaga amanah dan menegakkan keadilan adalah beban yang disandarkan ke atas bahu seseorang pemimpin. Sebagai pemerintah (ulil amri), setiap pengikut pula diwajibkan mentaatinya selagi setiap tingkah laku dan kaedah pemerintahan tersebut tidak menjurus kepada kebongkakan, menolak keyakinan dan melanggar perintah Allah SWT serta mendusta Rasulullah (Surah al-Nisa' ayat 48). 

Kekuasaan yang diperoleh seseorang pemimpin adalah atas keizinan-Nya. Seseorang itu tidak boleh menganggap kuasa yang ada padanya adalah hak mutlaknya, kerana sehebat mana manusia cuba mendapatkannya, melalui apa cara sekalipun, jika tanpa restu Allah SWT ia tidak akan memperolehnya. Sejarah manusia yang lupa mengenai kekuasaan Allah SWT banyak berlaku meskipun seseorang itu dilihat hebat – dari jenis pemimpin karismatik – tapi akhirnya kecundang dan jika sempat menjadi pemimpin, di akhir pemerintahannya diselubungi tragedi.

Kita mungkin boleh mengambil contoh Muammar Gadafi sewaktu permulaannya dilihat sebagai wira. Setelah lebih 40 tahun memimpin Libya, Gadafi menjadi musuh dan rakyatnya sedang berjuang untuk menyingkirkannya secara tidak terhormat. Begitu juga dengan nasib yang diterima oleh Hosni Mubarak, terpaksa hidup dalam buangan dan menjadi umpatan. 

Di dalam kitab Musnad (jilid 3 halaman 154), Imam Ahmad bin Hanbal memetik hadis Rasullullah SAW yang bermaksud: Tidak ada iman (yang sempurna) bagi orang yang sama sekali tidak ada kepercayaan (beramanah) baginya. Dan tidak ada agama (yang sempurna) bagi orang yang sama sekali tidak menepati janji baginya. (Riwayat Ahmad dan Baihaqi).

Berdasarkan prinsip tersebut, menjadi pemimpin bukanlah bermakna mendapatkan jawatan yang tertinggi. Kedudukan jawatan itu perlu disusuli dengan usaha memenuhi tanggungjawab dan amanah. Ingatan itu perlu sentiasa menjadi gagasan yang wahid bagi seseorang yang ingin menjadi pemimpin sebagai mana maksud hadis: Tidak ada seorang pemimpin yang menjaga urusan umat Islam sekiranya dia mati sedangkan dia ada mengkhianati mereka melainkan Allah SWT haramkan ke atasnya syurga. (Riwayat Syaikhan). 

Berdasarkan kerangka analisis kepimpinan jelaslah bahawa pemimpin transformasi amat diperlukan berbanding lain-lain jenis pemimpin. Rasulullah saw diakui dunia sebagai seorang pemimpin yang jujur. Bila berjanji kepada masyarakat yang dipimpinnya, ia tunaikan janji sesuai dengan tuntutan Allah SWT. 

Rakyat Malaysia semakin matang menilai pemimpin. Rakyat sentiasa memerhatikan setiap tindak tanduk pemimpin kerana rakyat Malaysia semakin sedar, berilmu dan dapat membaca tingkah laku seseorang pemimpin. Rakyat semakin bijak, tetapi dalam kecerdikan itu jangan tersalah pilih, terlalu banyak musang berbulu ayam yang hanya mencari peluang dengan berlakon dan bersandiwara. Hakikatnya, ayam sereban habis, reban bersepah dengan bulu-bulu ayam, musang hilang setelah kekenyangan.

DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR
ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah
Islamiyah Malaysia (Yadim)


________________________________________________________

Konsep Kepimpinan
Dari sudut pandangan Islam adalah berasaskan amanah dan takwa manakala dari sudut pandangan Barat, kepimpinan dilihat sebagai fenomena yang melibatkan hubungan dan tanggungjawab antara manusia.

Sudut Barat : Ia berorientasikan keadaan yang berubah-ubah dan memberi fokus kepada pencapaian matlamat semasa dalam semua aspek kehidupan.

Sudut Islam : Kepimpinan merupakan satu tanggungjawab suci yang dipikul oleh seorang hamba Allah dan seorang khalifah di bumi untuk membawa manusia lain kepada matlamat hidup yang sesuai dengan kehendak Allah.

Pemimpin hendaklah memimpin umat ke jalan yang benar, ke arah kebaikan dan menunaikan semua suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya.


Sebuah hadith yang sahih yang dilaporkan oleh Ibnu Umar:

Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin” [Muttafaq Alayh] - sumber


Definisi : “Kepimpinan adalah proses di mana individu mempunyai upaya mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamat organisasi dan membawa organisasi ke arah yang lebih mantap dan teguh.” (Northhouse 2007)


Kepimpinan berkesan :
-        Pemimpin dapat melaksanakan tugas dengan baik.
-        Menetapkan halatuju organisasi
-        Mampu membawa ahli mencapai matlamat organisasi melalui proses motivasi yang melibatkan komunikasi.

_______________________________________________________


Berdasarkan artikel di atas [klik sini] , Dr Azizan menyentuh tentang empat jenis konsep pemimpin yang wujud.

Pertama, pemimpin karismatik adalah seorang pemimpin yang selalunya mendapat sokongan dan pujian daripada pengikutnya. Ini adalah kerana pemimpin tersebut Berjaya mengaplikasikan kaedah menjadi pemimpin berkesan seperti berkomunikasi dengan pengikut dengan cara yang betul. Pemimpin seperti ini selalunya akan menjadi pemimpin kegemaran pengikut.


Seorang pemimpin karismatik merupakan pemimpin yang popular dan menjadi pujaan pengikutnya. Pemimpin jenis ini, walaupun adakalanya membuat kesilapan, kesilapan yang dilakukan itu tidak dinilai sebagai satu kesilapan. Malah, setiap kali percubaan untuk mendedahkan keburukannya akan dianggap sebagai satu helah, kemudiannya akan dirumuskan sebagai konspirasi. Penyokong setianya tidak boleh menerima kesalahan tersebut, dan sebarang percubaan menjatuhkan pemimpin itu akan ditentang kerana mereka sanggup "mati dan berjuang" mempertahankannya. – Utusan


Kedua, pemimpin transaksi. Pemimpin transaksi ini lebih kepada seorang yang komited dalam pekerjaannya. Pemimpin ini tidak terlalu menitikberatkan apa yang perlu dikatakan tetapi lebih mementingkan pada apa yang perlu dikerjakan. Pemimpin ini bersederhana dalam memegang jawatan yang diberi.


Pemimpin ketiga, pemimpin yang sentiasa memikirkan kaedah untuk menang sendiri. Pemimpin seperti ini adalah contoh jenis pemimpin yang tidak sepatutnya dijadikan ikutan kerana pemimpin seperti ini lebih mementingkan diri sendiri lebih daripada mementingkan kebajikan pengikutnya.


Pemimpin keempat adalah pemimpin transformasi. Pemimpin ini berusaha membentuk budaya berfikir secara rasional dan bukan bertindak mengikut kesimpulan yang dicipta sewenang-wenangnya. Pemimpin ini bertindak mengikut fakta yang sah dan turut membudayakan percambahan ilmu.


Rasulullah SAW pernah bersabda mengenai kepimpinan: Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin adalah bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. (Riwayat Muslim).


“Good leaders must first become good servants,” Robert Greenleaf.




oleh : Nur Hasanah Nadzirah A136611